Kuala Selangor
Under Construction
Canopi Tree, FRIM
Under Construction
Bukit Jugra
Bagi sesaper yang berminat membuat aktiviti lasak luncur udara atau lebih dikenali sebagai aktiviti paragliding, di sinilaa salah satu tempatnya....hehe tapi jangan silap lak...kitaorang datang sini pepagi buta cuma nak hiking jek...Bukit jugra nie taklaa terlalu tinggi...so bagi sesaper yang nak berlatih naik bukit tinggi2 tu bolelaaa mulakan dengan bukit ini dulu...kalau naik bukit nie jangan terkejut lak jika terjumpa kawasan perkuburan cina...well biasalaaa kawasan bukit...sesampai jek diatas bukit jugra...pemandangannya memang cantik dan anginnya memang kuat...sebab itulaa pertandingan paragliding selalu diadakan di sini.

Ada beberapa laluan untuk naik ke atas Bukit Jugra ini...kitaorang hiking hanya setakat ikut jalan raya naik ke atas jek...sebab sebelum tu tak tau pun ada trek melalui hutan...tapi rasanya kena ada guide so taklaaa sesat kalau masuk hutan tu.

Sesampai di atas Bukit Jugra...kita boleh lihat Rumah Api Bukit Jugra yang dibina pada tahun 1976 dan ditadbir oleh Jabatan Marin Malaysia. Rumah api ini dibina berbentuk menara batu konkrit setinggi 146 meter pada permukaan 25 meter dari aras laut....fuuh kalau nak berbalik pada sejarah...memang banyak gak....sat bukak wikipedia lu...rumah api ini dibina bagi mengawal dan membantu pelayaran dan pergerakan kapal dagang dan nelayan yang melalui Selat Melaka terutamanya yang akan berlabuh di Pelabuhan Klang...huhu cukup setakat ini pelajaran sejarah kita...so saksikanlaa video rakaman yang aku amik dari start kitaorang naik Bukit Jugra nie dan turun kembali....kitaorang tu...aku...huz...dan kawan baru ezza dan deida...




Hiking di Bukit Jugra pada 27 Jun 2009

Jacob Walk of Life 2009
Jacob Walk of Life merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh jenama biskut terkenal Jacob...tahun nie ia diadakan di Taman Metropolitan, Kepong...seperti biasa aku takan melepaskan peluang mengikuti acaranya...simple jek...apa korang kena buat ialah berjalan dari garisan permulaan sampai ke garisan penamat...tapi apa yang PALING menarik perhatian aku kat sini ...hehehe...mestilaa T-SHIRT dia yang lawa...cuma daftar FOC...bole daftar online or daftar pada awal pagi tu...kita akan diberi t-shirt Jacob dan tag tangan untuk menunjukan kita telah pun berdaftar....

Tahun 2008 pon aku ikut gak acara Jacob Walk of Life nie...tahun lalu diadakan di Taman Pertanian Malaysia di Shah Alam...kat sana memang best laaa dan peserta tak seramai sekarang...so datang lambat pun senang jek leh register lenggang2....pas tu jalan dia memang mencabar sebab masuk hutan dan berbukit...best giler woo tahun lalu...sebab tu aku join lagi tahun nie...tshirt jacob tahun lalu sampai sekarang masih tahan dan tak lusuh...walaupun dah berkali pakai...memang selesa...tahun nie pulak...entah laa nak kata apa....terlalu ramai orang....datang2 jek berderet kerete...terpaksa park jauh....kitaorg sempat berpeluh sikit tuk sampai ke tempat pendaftaran...lepas tu yang tak puas hatinya tu...aku dah daftar online...patut pergi2 tu bolelaaa terus amik tshirt n tag tangan tu...ini tak...dahlaa berbaris panjang pas tu bole pulak tshirt dah habis...tak ker benggang....borang registration pon bole habis...nasib baik ada Huz...dia register kat meja lain sebab tempat register ikut abjad nama....so sempatlaa dia amikan tshirt dan tag registration...ramai yang online register tak berpuas hati...patutnya utamakanlaaa orang yang dah register online...nie diorg main bagi jek...tak cek nama pon....

Dalam part nie....video nie panjang...so aku dah potong kepada 3 bahagian...tu pun ada part yang aku buang...seperti biasa aku cuma amatur jek hehe...so amik video waktu jalan mesti gerak nya...so saksikan part pertama dari start kitaorg sampai hingga part registration....


JWoL 21 Jun 2009 Part 1 - Registration event







Ok part ke dua nie...part start berjalan....ermm biasalaaa di sini tak banyak sangat view...tak macam tahun lalu....apapun video masih tetap menarik hehe.....


JWoL 21 Jun 2009 Part 2 - Walking event









Ini part yang paling aku suka...jeng jeng jeng...cuba teka aku jumpa saper kat sini...siap posing abis amik gambar tu...video lak dah entah ke mana.....huhu pas tu...lepas ke garisan penamat...biasanya kita kena beri tag yang diberi waktu registration tu tuk amik goodies lagi...biasanya mereka akan bagi biskut Jacob dan bergantung pada saper yang sponsor tu...macam anlene pon ada sponsor so dapatlaaa susu kotak anlene n ada yang dapat payung hijau anlene....tapi time amik goodies tu memang giler ah...ntahlaaa kesilapan management kaaa sebab terlalu ramai orang or apa....hehe tak perlu aku merepek kat sini...korang tengok jek apa berlaku kat video nie...



JWoL 21 Jun 2009 Part 3 - ending event




Ok laa kengkawan...itu jek setakat nie...tahun depan kalau diadakan lagi marilaaa kita pergi bersama2 hehe....apa2 komen tentang video or pertanyaan tentang event nie...dialu-alukan untuk anda menyuarakannya...

Medan Part 10 -> Sayonara
Under Construction
Medan Part 9 - > Shopping
Under Construction
Medan Part 8 -> Istana Maimoon
Under Construction
Medan Part 7 -> Pasar Buah Berastagi
Under Construction
Medan Part 6 -> Air Terjun Sipiso Piso
Under Construction
Medan Part 5 -> Simarjarunjung
Under Construction
Medan Part 4 -> Kg.Tomok
Under Construction
Medan III : Ambarita
Setelah 45 minit perjalanan menaiki feri, kami sampai ke perkampungan Ambarita ataupun tarbarita dalam bahasa batak yang bermaksud 'terkenal'. Disinilah tapak kerajaan Siallagan sejak 300 tahun lalu yang terkenal dengan upacara pemancungan kepala pesalah.

Kedatangan kami ke perkampungan ini disambut dengan laungan HORAS oleh penduduk Batak yang bermaksud selamat datang atau selamat sejahtera. Sesampainya ke perkampungan itu, kita dapat lihat kedai-kedai beraneka macam kain dan cenderahati untuk di bawak pulang. Selain itu terdapat juga tugu Paderi Raja Siallangan yg siap di pagar dan Kota Siallagan. Dipintu masuk kota itu terdapat patung-patung yang dikenali sebagai Tugu Gajah Doplok dipercayai dapat mengusir kuasa-kuasa jahat ataupun ilmu hitam. Pintu masuk Kota Siallagan ini sebesar satu ukuran kerbau dan setinggi seorang ibu yang sedang membawa bakul di atas kepala.

Rumah orang batak ini menyerupai rumah orang minang dan ada juga menyerupai bentuk perahu. Apa yang menariknya, rumah-rumah ini kebanyakannya berpintu kecil dan di tepi pintu siap ada ukiran breast dan ada juga yang meletak gambar cicak...hehe sebabnya dengan pintu yang kecil...bila orang masuk ke rumah...mereka harus menunduk menunjukkan memberi hormat kepada tuan rumah...breast pula melambangkan kesuburan bagi orang-orang batak. So mereka percaya breast yang besar dapat memberi keturunan yang banyak...dan dengan anak dan keturunan yang banyak itu melambangkan kekayaan penghuni rumah tersebut. Dan simbol cicak pulak kalau tak silap bermaksud mereka boleh menyesuaikan diri di mana sahaja sebab cicak kan boleh melekat di mana-mana sahaja hehe...

Di pertengahan kawasan perumahan Batak ini terdapatnya pokok beringin yang besar. Pokok ini dinamakan hariaha yang dipercayai sekiranya pohon itu boleh hidup selama 7 hari dari hari dia ditanam, maka kerajaan boleh dibina di situ. Sebab itulaa pokok itu dikenali sebagai Dewi of Life Batak. Akar pohon hariaha yang kuat ini menandakan orang batak ini kuat adat terutamanya keputusan majoriti adalah keputusan muktamad...tertutamanya dalam persoalan mengenakan hukuman terhadap pesalah...Mesyuarat menentukan nasib pesalah biasanya diadakan di batu kursi di bawah pohon hariaha tersebut....sekiranya pesalah didapati bersalah, pesalah akan dipasung di tempat pemasungan di bawah kolong rumah bolon rumah raja Siallangan selama 7 hari dengan kaki dan tangan di ikat.

...fuuuuh panjang lebar gak citerku...bole jadi guru sejarah...hehe...so kat bawah nie video yang aku amik kat perkampungan ambarita....


Kenagan di perkampungan Ambarita pada 16 May 2009








Ok...cerita pesalah nie belum habis lagi...so setelah selesai tempoh pemasungan, pesalah akan di bawak ke tempat pemancungan pulak. Pesalah akan dipancung di tempat tersebut dan darahnya akan dihirup oleh raja untuk menambahkan kekuatan ilmu hitam. Kepala pesalah kemudiannya akan dibuang ke Tasik Danau Toba. Penduduk di larang meminum air tersebut selama seminggu so sebab itulaa orang-orang Batak dianggap makan orang sebab daging kepala pesalah tersebut sudah tentunya di makan oleh ikan dan ikan pula dimakan oleh orang-orang Batak di kawasan tersebut....fuuuh habis kisah Batak makan orang hehe...so terima kasih kepada Pak Ramon tour guide kami sepanjang perjalanan ini kerana memberi info lengkap...video kat bawah nie aksi penuh Pak Ramon mendemonstrasikan cara pemancungan dijalankan....video kat bawah nie mutunya rendah sikit sebab sebenarnya besarnya dlm 300mb aku kecikkan p 100mb...so digalak kan tengok video nie dalam screen kecik jek hehe...




Cara pemancungan dijalankan oleh masyarakat Batak di zaman dahulu

Medan II : Tasik Danau Toba, Parapat
Medan Bahagian II
Tasik Danau Toba, Parapat
Hari Ke-2

Siapa yang tak kenal Tasik Danau Toba yang merupakan tasik terbesar di Indonesia. Siap masuk dalam buku teks geografi waktu sekolah menengah lagi...hehe...100km panjang dan 30km lebar dengan ketinggian 900m atau 3000 kaki dari aras permukaan...

ok sambungan cerita medan part 1 nie...Setelah mengharungi perjalanan jauh selama 5 jam menaiki bas dari Medan ke Parapat...sampai jugaklaaa ke tempat ini...pada keesokan paginya...aku bagun seawal pagi...lepas subuh keluar nak amik pemandangan matahari terbit...tapi malangnya tak dapat lihat dari hotel kami...apa pun pemandangan pagi tu memang indah dan tenang...hanya terdengar suara kicauan burung dan alunan tasik....jauh dari hiruk pikuk bunyi bising kenderaan....

Kami sarapan dulu di tempat makan di Hotel Quality....pas tu kami siap2 simpan beg dalam bas sebab lepas nie kami akan terus meninggalkan Parapat....tapi sebelum meninggalkan kawasan ini, kami singgah kejap ke perkampungan2 yang ada di kawasan sekitar kepulauan Samosir ini..iaitu perkampungan ambarita dan perkampungan tomok...tapi yang bestnya....nak pergi ke perkampungan ini bukan naik bas lagi macam semalam hehe...tapi naik feri kecik...jauh jugaklaaa nak ke perkampungan ambarita nie...mengambil masa dalam 45 minit....huhu....so dalam video ini...korang bolehlaaa tengok pemandangan tasik sepanjang perjalanan ke perkampungan ambarita....
so sila saksikan....




Pemandangan Tasik Danau Toba pada 16 may 2009

Medan I : LCCT ke Polonia Airport
Medan Bahagian I
Terminal LCC, Malaysia - Polonia International Airport, Medan - Parapat

Ini first time aku ke luar negara...nasib baik semua dah sedia...yang penting ada video cam aku hehe...ok sini aku nak cerita macam mana aku bole pergi ke medan nie...ketua rombongan kitaorang nie adalaaa huziana...kawan sepejabatku dan housemate ku...waktu tu dia dengan fir dan geng2 ladies yang lain memang sibuk2 nak buat rancangan nak pergi medan...so aku nie pun terasa nak pergilaaa...sebab tak pernah jejak kaki ke luar negara sebelum nie...lagipun pergi medan kos rendah berbanding negara yang lain...rancangan nie mereka buat dari tahun lalu lagi...mula2 tu pikir nak pergi sendiri jek...tapi lepas masuk tahun baru...dapat bonus terus terpikir nak ajak emak dan kakaku sekali...pujuk punya pujuk barulaaa diorang setuju....hehe lagipun sempena tahun nie emak ku sweet 50 years...so ajak laaa emak ku melancong sekali...haPpY sWeeT 50 years mak ;-) ...

Kumpulan yang pergi medan nie ada 19 orang semuanya...banyak kan...sebelum nak pergi medan nie adalaaa mereka pilih beberapa agensi perlancogan...kitaorang pikir nak amik pakej jek...senang lagipun takder kawan kat sana yang boleh jadi tour guide kitaorang....aku setuju jek dengan memana pilihan mereka...so agensi yang kitaorang pilih adalah Lovely Holidays. Why? Salah satu sebabnya, semua orang dah bersetuju XD ...hehe satu lagi sebab bayaran pakej guna duit RM....so tak perlu fikir tentang jatuh naik duit indon...harga memang dah fix duit RM....


So seorang bayar dalam RM325 untuk pakej 4 hari 3 malam ....termasuk makan minum ...dan hotel ...flight pulak sendiri2 ...kitaorang naik air asia ...sebab tu beli tiket dari tahun lalu sebab nak yang murah nya ...tengok2 masuk tahun baru pun masih banyak lagi air asia tawarkan penerbangan murah huhu ....pergi balik dari lcct-medan-lcct adalaa dalam dua ratus lebih rm ....boleh dapat lagi murah ....lepas tu budget duit poket dan persediaan nak pergi tu adalaaa jugak keluar dalam RM1k semuanya huhu ...tapi memang puas hati laaa dengan perancangan teliti tok ketua rombongan...XD


OK video kat bawah nie aku amik start aku dengan emak, kakak n huz bertolak dari Balakong...yer rumah ku kat balakong...emak ku dan kakak ku lak dari sabah menginap kejap kat rumah....penerbangan mengambil masa dalam 50 minit dari LCC Terminal ke Polonia International Airport, Medan. So sila saksikan video rakaman yang aku amik...well memang banyak giler video aku amik tapi aku bagi double speed sebab nak cukupkan 100mb XD...



LCC Terminal-Polonia International Airport,Medan
1205H - 1255H











Part nie lak...sesampainya di airport...kitaorang singgah kejap kat Lovely Holidays...sebelum pergi tu kitaorang bayar separuh jek...so sebab tu bawak cash bayar separuh lagi kat sana...then singgah makan kat Hotel Grand Antares...lepas kenyang kitaorang meneruskan perjalanan 5 jam ke Lake Toba, Parapat. Waktu sampai Parapat memang dah letih dan lapar...lagipun dah malam....so takder aktiviti sangat. hehe...tapi malam tu memang tido puas2 tuk aktiviti esok pagi.


Polonia International Airport,Medan - Quality Hotel, Parapat
pada 15 May 2009

Cycling di Taman Botani, Putrajaya

Under Construction

Air Terjun Sungai Gabai
Sesiapa yang nak mandi air terjun, jangan lepaskan peluang mencuba air terjun Sungai Gabai...memang syok mandi kat sini...air terjunnya deras...fresh dan sejuk...air terjun nie terletak di Kampung Sungai Lui, mukim Hulu Langat.

Kawasan air terjun ini disediakan dengan pelbagai kemudahan seperti tandas, surau dan pondok rehat pelbagai saiz di sepanjang aliran sungai. Menurut info ada 10 pondok rehat kesemuanya dan air terjun ini ada beberapa tingkat....tangga disediakan dari bawah ke tingkat 2 ( sbb aku naik sampai tingkat 2 jek...so korang explorelaa lagi tinggi hehe..)...so sebelum nak ke sungai gabai nie...pastikan kaki anda kuat tuk naik tangga....kalo tak mandi kat bawah jek laaa...tapi kat bawah pon ok gak dan sesuai tuk yang bawak anak...untuk parking kereta bayaran dikenakan rm2 sekepala dan rm1 untuk motosikal...aku syorkan korang datanglaa awal-awal kalau nak parking kereta dekat dengan pintu masuk...seawal jam 9 pagi hehe...

Persediaan yang kitaorang buat/bawak sebelum pergi adalah seperti berikut:

1. Makanan
Makanan penting wooo...lepas mandi korang akan rasa lapar sesangat...kalo korang mandi dua ke tiga round...setiap kali habis mandi mesti nak makan...so kitaorg pon bawaklaa sandwich tuk sarapan pagi... dan nasi lauk tuk makanan tengahari...ada gak orang bakar ikan kat sini....
2. Tikar
Tempat untuk alas makanan dan tempat rehat
3. Selipar
4. Sepasang baju persalinan basah untuk mandi dan sepasang baju persalinan kering
5. Camcorder / Camera


Aku dah 3 kali p sini...kali terakhir aku pegi dengan 3 orang memberku, huziana housemateku, aida dan stacy kawan lama waktu belajar...siap kitaorang pergi nie bagi surprise sambut hari jadi aida yang ke dot dot dot hehe...so saksikanlaa rakaman video...banyak yang aku amik tapi tak leh upload besar sangat so aku editlaa singkatkan cerita...gambar memang banyak gerak2 hehe...biasalaaa tak bawak tripod...nak harapkan tanganku yang kecik nie pegang statik susahlaaa...=P ...ok selamat menonton rakaman video yang aku bersusah payah edit n kompress...bagi yang low internet connection sori laaa...tak dapat nak tolong...


Kenangan di Air Terjun Sungai Gabai pada 19 April 2009

Salam perkenalan
Salam sume kengkawan...
Well akhirnya terbuka juga hatiku untuk membuka blog sendiri. Aku sebenarnya malas nak buat benda-benda macam nie hehe...maksudku nak mengupdate blog...so why im doing this?....

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini...aku telah mengaktifkan diri dengan dunia luar...maklumlaaa sebelum nie asyik dengan online game ku...tak habis dengan online game sambung pulak dengan anime dan manga ku...sehinggalaaa berlakunya satu peritiwa yang aku sendiri tak berapa paham dan tak berapa mengerti....aku pun cuba laa untuk mengaktifkan diri dalam aktiviti lain pulak...

Semuanya bermula sejak aku start membeli camcorder aku pada akhir bulan mac...Panasonic SDR-H80...warna merah...aku beli pun ada tujuan...sebab waktu tu aku nak melancong ke medan...disebabkan nie kali pertama nak keluar negara...aku terpikir nak bawak pulang satu memori indah yang boleh dijadikan kenangan...sebab tu aku pun belilaaa camcorder...sebab kamera mesti ramai kawanku yang akan bawak ke sana nanti...

So dalam blog ini...akan ku paparkan tempat-tempat sepanjang perjalananku...semoga dapat memberi informasi buat anda sume yang nak berkunjung ke sana...aku harap dapat post video yang aku amik...well kita tunggu dan lihat...walaupun ada limitation tuk upload video...dari segi masa dan saiz video...akan ku usahakan juga untuk tontonan anda sume...
Sekiranya anda nak aku amik video aktiviti korang...bolehlaaa post kat sini...jika tiada aral melintang dan tak bz...akan ku cuba hadirkan diri...


Wslm
PS: banner kat atas tu gambarku tengah mengambil video kat atas bukit jugra...terima kasih buat huziana...my camera girl....