Medan II : Tasik Danau Toba, Parapat
Medan Bahagian II
Tasik Danau Toba, Parapat
Hari Ke-2

Siapa yang tak kenal Tasik Danau Toba yang merupakan tasik terbesar di Indonesia. Siap masuk dalam buku teks geografi waktu sekolah menengah lagi...hehe...100km panjang dan 30km lebar dengan ketinggian 900m atau 3000 kaki dari aras permukaan...

ok sambungan cerita medan part 1 nie...Setelah mengharungi perjalanan jauh selama 5 jam menaiki bas dari Medan ke Parapat...sampai jugaklaaa ke tempat ini...pada keesokan paginya...aku bagun seawal pagi...lepas subuh keluar nak amik pemandangan matahari terbit...tapi malangnya tak dapat lihat dari hotel kami...apa pun pemandangan pagi tu memang indah dan tenang...hanya terdengar suara kicauan burung dan alunan tasik....jauh dari hiruk pikuk bunyi bising kenderaan....

Kami sarapan dulu di tempat makan di Hotel Quality....pas tu kami siap2 simpan beg dalam bas sebab lepas nie kami akan terus meninggalkan Parapat....tapi sebelum meninggalkan kawasan ini, kami singgah kejap ke perkampungan2 yang ada di kawasan sekitar kepulauan Samosir ini..iaitu perkampungan ambarita dan perkampungan tomok...tapi yang bestnya....nak pergi ke perkampungan ini bukan naik bas lagi macam semalam hehe...tapi naik feri kecik...jauh jugaklaaa nak ke perkampungan ambarita nie...mengambil masa dalam 45 minit....huhu....so dalam video ini...korang bolehlaaa tengok pemandangan tasik sepanjang perjalanan ke perkampungan ambarita....
so sila saksikan....




Pemandangan Tasik Danau Toba pada 16 may 2009

0 Responses