Bukit Jugra
Bagi sesaper yang berminat membuat aktiviti lasak luncur udara atau lebih dikenali sebagai aktiviti paragliding, di sinilaa salah satu tempatnya....hehe tapi jangan silap lak...kitaorang datang sini pepagi buta cuma nak hiking jek...Bukit jugra nie taklaa terlalu tinggi...so bagi sesaper yang nak berlatih naik bukit tinggi2 tu bolelaaa mulakan dengan bukit ini dulu...kalau naik bukit nie jangan terkejut lak jika terjumpa kawasan perkuburan cina...well biasalaaa kawasan bukit...sesampai jek diatas bukit jugra...pemandangannya memang cantik dan anginnya memang kuat...sebab itulaa pertandingan paragliding selalu diadakan di sini.

Ada beberapa laluan untuk naik ke atas Bukit Jugra ini...kitaorang hiking hanya setakat ikut jalan raya naik ke atas jek...sebab sebelum tu tak tau pun ada trek melalui hutan...tapi rasanya kena ada guide so taklaaa sesat kalau masuk hutan tu.

Sesampai di atas Bukit Jugra...kita boleh lihat Rumah Api Bukit Jugra yang dibina pada tahun 1976 dan ditadbir oleh Jabatan Marin Malaysia. Rumah api ini dibina berbentuk menara batu konkrit setinggi 146 meter pada permukaan 25 meter dari aras laut....fuuh kalau nak berbalik pada sejarah...memang banyak gak....sat bukak wikipedia lu...rumah api ini dibina bagi mengawal dan membantu pelayaran dan pergerakan kapal dagang dan nelayan yang melalui Selat Melaka terutamanya yang akan berlabuh di Pelabuhan Klang...huhu cukup setakat ini pelajaran sejarah kita...so saksikanlaa video rakaman yang aku amik dari start kitaorang naik Bukit Jugra nie dan turun kembali....kitaorang tu...aku...huz...dan kawan baru ezza dan deida...




Hiking di Bukit Jugra pada 27 Jun 2009

0 Responses