Medan III : Ambarita
Setelah 45 minit perjalanan menaiki feri, kami sampai ke perkampungan Ambarita ataupun tarbarita dalam bahasa batak yang bermaksud 'terkenal'. Disinilah tapak kerajaan Siallagan sejak 300 tahun lalu yang terkenal dengan upacara pemancungan kepala pesalah.

Kedatangan kami ke perkampungan ini disambut dengan laungan HORAS oleh penduduk Batak yang bermaksud selamat datang atau selamat sejahtera. Sesampainya ke perkampungan itu, kita dapat lihat kedai-kedai beraneka macam kain dan cenderahati untuk di bawak pulang. Selain itu terdapat juga tugu Paderi Raja Siallangan yg siap di pagar dan Kota Siallagan. Dipintu masuk kota itu terdapat patung-patung yang dikenali sebagai Tugu Gajah Doplok dipercayai dapat mengusir kuasa-kuasa jahat ataupun ilmu hitam. Pintu masuk Kota Siallagan ini sebesar satu ukuran kerbau dan setinggi seorang ibu yang sedang membawa bakul di atas kepala.

Rumah orang batak ini menyerupai rumah orang minang dan ada juga menyerupai bentuk perahu. Apa yang menariknya, rumah-rumah ini kebanyakannya berpintu kecil dan di tepi pintu siap ada ukiran breast dan ada juga yang meletak gambar cicak...hehe sebabnya dengan pintu yang kecil...bila orang masuk ke rumah...mereka harus menunduk menunjukkan memberi hormat kepada tuan rumah...breast pula melambangkan kesuburan bagi orang-orang batak. So mereka percaya breast yang besar dapat memberi keturunan yang banyak...dan dengan anak dan keturunan yang banyak itu melambangkan kekayaan penghuni rumah tersebut. Dan simbol cicak pulak kalau tak silap bermaksud mereka boleh menyesuaikan diri di mana sahaja sebab cicak kan boleh melekat di mana-mana sahaja hehe...

Di pertengahan kawasan perumahan Batak ini terdapatnya pokok beringin yang besar. Pokok ini dinamakan hariaha yang dipercayai sekiranya pohon itu boleh hidup selama 7 hari dari hari dia ditanam, maka kerajaan boleh dibina di situ. Sebab itulaa pokok itu dikenali sebagai Dewi of Life Batak. Akar pohon hariaha yang kuat ini menandakan orang batak ini kuat adat terutamanya keputusan majoriti adalah keputusan muktamad...tertutamanya dalam persoalan mengenakan hukuman terhadap pesalah...Mesyuarat menentukan nasib pesalah biasanya diadakan di batu kursi di bawah pohon hariaha tersebut....sekiranya pesalah didapati bersalah, pesalah akan dipasung di tempat pemasungan di bawah kolong rumah bolon rumah raja Siallangan selama 7 hari dengan kaki dan tangan di ikat.

...fuuuuh panjang lebar gak citerku...bole jadi guru sejarah...hehe...so kat bawah nie video yang aku amik kat perkampungan ambarita....


Kenagan di perkampungan Ambarita pada 16 May 2009








Ok...cerita pesalah nie belum habis lagi...so setelah selesai tempoh pemasungan, pesalah akan di bawak ke tempat pemancungan pulak. Pesalah akan dipancung di tempat tersebut dan darahnya akan dihirup oleh raja untuk menambahkan kekuatan ilmu hitam. Kepala pesalah kemudiannya akan dibuang ke Tasik Danau Toba. Penduduk di larang meminum air tersebut selama seminggu so sebab itulaa orang-orang Batak dianggap makan orang sebab daging kepala pesalah tersebut sudah tentunya di makan oleh ikan dan ikan pula dimakan oleh orang-orang Batak di kawasan tersebut....fuuuh habis kisah Batak makan orang hehe...so terima kasih kepada Pak Ramon tour guide kami sepanjang perjalanan ini kerana memberi info lengkap...video kat bawah nie aksi penuh Pak Ramon mendemonstrasikan cara pemancungan dijalankan....video kat bawah nie mutunya rendah sikit sebab sebenarnya besarnya dlm 300mb aku kecikkan p 100mb...so digalak kan tengok video nie dalam screen kecik jek hehe...




Cara pemancungan dijalankan oleh masyarakat Batak di zaman dahulu

0 Responses